Ahad, 26 Februari 2012

Perguruan Seni Silat Bangau Putih, Negeri Melaka.

SALAM PERGURUAN & SALAM SATU MALAYSIA

Oleh - Guru Muda Rosli Md Yunus














PANTAI KUNDOR, MELAKA - Persatuan Seni Silat Bangau Putih kini semakin mendapat tempat di kalangan penduduk setempat, kerana gaya dan kepantasan cara persilatan seni silat bangau putih yang menarik perhatian di kalangan anak muda dan orang dewasa yang ingin turut serta mempelajari ilmu seni mempertahankn diri seni silat bangau putih.

Pengasas Seni Silat Bangau Putih iaitu Che Nan Bin Mehad (Guru Utama) atau lebih dikenali sebagai (Pak Jang),amat mementingkan keyakinan diri anak-anak didiknya agar dapat menempis serangan dari musuh dan dapat mempertahankn diri daripada segala masalah jika dalam kesulitan.

Guru Kedua iaitu Md Yunus Bin Hj Baharom lebih senang dikenali sebagai Pak Ngah Yunus berkata, terdapat 15,000 ahli Persatuan Seni Silat Bangau Putih yang telah berdaftar dalam persatuan ini seperti negeri KEDAH, PERAK, PAHANG dan MELAKA. Kata beliau lagi, pertubuhan Seni Silat Bangau Putih ini telah disatukan daripada 7 jenis persilatan seperti Seni Silat Gayung Garuda, Seni Silat Gayung Fatani, Seni Silat Helang Putih, Seni Silat Pulut, Seni Silat Kuntau Jawa, Seni Silat Gayung Pusaka dan Seni Bela Diri Tomoy.
Guru Muda Seni Silat Bangau Putih Rosli Bin Md Yunus atau lebih dikenali sebagai (Abg Lie) yang kini mula mengembangkan Seni Silat Bangau Putih ini di negeri melaka berkata, belajar seni mempertahankan diri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberi tunjuk ajar dan mengetahui ilmu mempertahankan diri malah turut mementingkan disiplin dan tanggungjawab kepada agama dan negara, supaya anak - anak muda kita tidak terbabas akhlak mereka kepada gejala sosial.

Ada juga golongan wanita yang turut berminat untuk menyertai seni silat ini, seperti sedia maklum, golongan wanita adalah golongan yang lemah lembut dan penuh kesopanan.Dengan belajar ilmu persilatan ini, kelembutan golongan wanita masih diterapkan walaupun mereka berkecimpung dalam dunia persilatan. Wanita adalah antara golongan yang terdedah kepada bahaya kerana sifat meraka yang tidak seperti lelaki lebih daripada ageresif. Wanita juga diajar cara bagaimana untuk mempertahankan diri daripada masalah kesulitan apabila sesuatu berlaku pada diri mereka.

Ilmu persilatan bukan saja dapat meningkatkan daya ketahanan diri malah dapat melahirkan individu supaya menghormati golongan yang lebih tua daripada mereka. Bukan saja Seni Silat Bangau Putih malah semua jenis persilatan  di negara kita turut menitikberatkan soal hormat-menghormati aantara ahli dan juga golongan atasan.

Akhir kata saya berharap agar Seni Silat Bangau Putih ini terus mendapat perhatian dan sokongan penduduk setempat sekaligus dapat melahirkan pesilat yang berhati waja dan ilmu dunia dan akhirat..




Sekian, Terima Kasih





" TANGKAS YAKIN BERANI "







Tiada ulasan:

Catat Ulasan